Sunday, June 19, 2011

Say Hi : Edisi "Father's Day"

As'salam & Hai semua....


Happy Fathers Day kepada yg teristimewa abahku di Meru.. Hj Saidon bin Supaat, abah mertua, babah, & along, abg² ipar & teman² fb yg bergelar bapa.. Selamat Hari Bapa... Semoga sentiasa sabar & tabah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa yg pastinya sgt mulia & dituntut... 
Untuk abah, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & sentiasa mendapat rahmatNya... Semakin diri meningkat dewasa semakin rasa sgt kesal & sedih atas segala perilaku aku yg selalu menyusahkan hati abah dari aku kecil hingga skrg.. Klu dulu mungkin aku marah & sakt hati klu aku dihukum & dipukul sbb aku degil & melawan kata. Tp sekarang aku hanya menitiskan air mata bila terkenang yg aku belum mampu menjadi seorang anak yg baik buat abah... Apa yg ada untuk aku hanyalah doa & kasih sayang buat abah. 
Abah Tersayang : Hj Saidon Bin Supaat (57 Tahun)


Hargailah bapa kita selagi dia masih ada di dunia ini.. Kepada mereka yg bapanya telah pun kembali ke rahmatullah mahupun yg masih ada, sedekahkanlah Surah Yassin & Al-Fatihah. Amin....

Sunday, June 12, 2011

Say Hi To Friends : Edisi 'Housewive'

Hi friends... istimewa utk teman² fb yg bergelar suri rumah sepenuh masa atau 'Housewive'.. Aku rasa masing² ada sbb sendiri knp korang jadi housewife kan... Mungkin sbb nak jaga anak², mungkin sbb mmg husband dah mewah boleh bagi semua benda so korang x yah la bekerja.. hehehe.. Mungkin jugak sbb korang yg volunteer nak jadi housewife.. kihkihkih... Atau mungkin suami yg tak izinkan korang bekerja.. :-)


Sbnrnye housewife sgt la mulia kerana profesion houswife ni tidak ternilai tugasannya & tiada tangga gaji yg khusus..paling senang cakap, tak dibayar gaji pun.. Sesungguhnya tmptnya adalah disyurga jika ikhlas sepenuh hati.. 


Aku jugak pernah menjadi houswife sepenuh masa selama 5 bulan... sgt² la tak sesuai dgn jiwa aku utk menjadi housewife.. Tp ada yg bekerja nak jadi houswife, & ada jugak yg jadi housewife teringin nak kuar bekerja... Keinginan mcm tu mmg biasa.. hehehe..Pada sesiapa yg bergelar housewife & menjalankan tugasan harian di rumah dgn sempurna, aku sgt la berbangga dgn korang.. Thumbs Up for u all.. 


Apa yg penting, wp kita houswife, kita kena jaga penampilan diri di rumah atau pun di luar rumah.. so org yg melihat kita pun, tak kan menyangka yg kita ni houswife.. "Be Updated Housewive"...


Apa pun, kepada semua rakan² & teman² ku yg bergelar suri rumah sepenuh masa... Semoga korang dpt menunaikan tanggungjawab sepenuh hati & seikhlas hati... Semoga success selalu... 


Akan datang Edisi yg lain pula.... 


Islinda @ Izen't
12 Jun 2011 @10.45am

Tuesday, May 17, 2011

Dari Pemeriksaan Mata&Tangan,baruku tahu tahap kesihatanku..

Assalamualaikum... Hai semua,

Aku saja nak share something dgn u all di mana sgt² penting kita menjaga pemakanan harian kita... Melalui pengalaman, smlm aku & suami pergi pemeriksaan doktor,di mana doktor tu check mata & tangan.. Dari garis² & bintik² pada iris mata saje, akan dpt tahu apa yg tak betul dlm tubuh badan kita.. Aku sgt terkejut bila doktor bg tahu, suku daripada bahagian otak aku diselaputi kolestrol... siapa sangka tubuh badan aku yg kurus ni, sbnrnye mengandungi sgt byk kolestrol.. Dan klu boleh sesape pun elakkan la dari sakiti hati aku sbb ada yg kurang sihat pd hati aku kata doktor.. Hehe (ini kenyataan tau). Menurut doktor, atas sbb tu aku selalu lesu & rasa malas wp sbnrnye aku rajin nak bt sesuatu. 

Dari pemeriksaan Mata & Tangan tu juga akan dpt tahu kondisi buah pinggang, paru-paru, hati, jantung,  kita preasure atau tak dlm sesuatu situasi.. kuat atau rapuh tulang kita.. ok ke tak tulang belikat kita.. brp byk kandungan kafien telah menguasai tulang kita & mcm² lg.. Hampir 80% terbongkar ttg kondisi tubuh badan & organ dalaman aku semalam yg selama ini aku sendiri tak tahu.. & Hampir 90% jangkaan doktor ttg aku tepat.. Sgt² penting menjaga pemakanan & ambil berat ttg pengambilan makanan kita seharian. 

 Mulai hari ini, aku terpaksa lupakan semua mknn kegemaranku, lupakan mknn yg selalu ku ambil.. & buat² lupa apa yg aku suka mkn (antara yg dilarang mkn : masak lemak cili api (doktor tu boleh tau plak aku suka masak lemak cili api, smpi dia ingat aku org negeri 9..)  :-), lagi fast food, air bergas, ayam, soya, tempe, mee, kuew teow, burger, sosej, nugget, susu, ikan bela, sardin dlm tin / mknn dlm tin, daging malahan menghirup sup pun dilarang keras oleh doktor & byk lagi yg aku sendiri tak pasti aku boleh lupakannye atau pun tak.. 

Sememangnya mungkin kita nmpk seperti org yg sihat² saje pada luaran, tp hakikatnye tidak seperti yg disangka. Sgt penting bg aku utk jaga pemakanan aku & suami slps ni... Dlm masa yg sama, aku kena tambah berat badan lagi 4kg.. Jagalah kesejahteraan & kesihatan kita semua... Klu aku yg kurus ni pun begini, apatah lagi yg berlebihan berat bdn.. Info & cerita ni sekadar utk dikongsi bersama.. mana tahu ada kesedaran dlm diri kita lepas ni utk serius menjaga pemakanan harian... Sbb kita selalu fikir, kita ambil mknn yg berkhasiat,cukup zat, tp semua tu tak semestinya betul & yg terbaik utk kita.. Percayalah..  Terpulang pada individu nak ambil serius atau tak.. aku sekadar berkongsi.. :-) 

Waullahu'alam...



Friday, March 4, 2011

Kisah Hadiah Hari Jadi Seorang Isteri...



Ikuti perbualan ini.. jadikan pengajaran..


Seminggu sebelum Hari Lahir Isteri ;


Isteri  : Abg, hadiah hari jadi ayg tahun ni, ayg nak hadiah kereta.. boleh..???
Suami : Abg tak mampu la nak bg hadiah kereta,syg..


Isteri  : Klu mcm tu tak pe la, abg... ayg tak kisah.. (dlm hati... hmm)
Suami : Syg tolong faham abg ye.. mana tahu, mungkin satu hari nanti...


Isteri hanya mengangguk & tersenyum..


Di hari jadi Isteri ;


Suami  : Syg, Abg hanya mempu belikan syg sebentuk cincin berlian je... harap syg suka..
Isteri   : Terima kasih byk, abg.. (tetap gembira & teruja) 
(Dlm hati, si isteri masih mengharap dihadiahkan kereta..)


Di pejabat suami ; si suami berkongsi cerita..


Suami  : Semalam hari jadi orang rumah aku..
Rakan  : Apa kau hadiahkan orang rumah kau..??
Suami  : Aku hadiahkan cincin berlian.. Tp sebenarnya dia minta hadiah kereta.
Rakan  : Aik..Kenapa kau hadiahkan cincin berlian. Kenapa kau tak hadiahkan kereta?
Suami  : Mana aku nak dapatkan kereta palsu..??? Susah nak dpt kereta palsu..


Si Rakan, ternganga.. :-O
Si Suami, tersengaja.. :-ô
Si Isteri, tak ternilai baginya cincin berlian itu :-D




Moral of the story : 


 Isteri > Jgn la meminta sesuatu yg di luar kemampuan suami & mengharapkan lebih dari apa yg dia mampu.. selalulah bersyukur.. 

Suami > Jgn la hipokrit semata-mata menjaga hati isteri.. Pimpin la isteri utk bersyukur atas apa yg ada..


Rakan > Jgn la buat perkara yg sama mcm kawan kau buat tu... hahahaha


Renung²kan & Tenung²kan...





Friday, February 18, 2011

"Bila nak balik?" Maksudkannya atau sekadar bertanya..

Pagi ni tetiba aku teringat & terngiang-ngiang  suara mak. Hari Rabu baru ni,  mak ada call tanya khabar aku & suami.. Mak tanya " Bila nak balik..??" Aku jawab, hujung bulan ni balik la, insyaAllah.

Tapi aku terfikir, mak aku maksudkan ke apa yg dia tanya? seolah-olah memang nak aku balik. Atau mungkin mak rindu dengan aku. Hari tu hampir 2 bulan tak balik pun semacam je mak peluk cium.. Pagi ni aku call abah, abah bertanyakan soalan yg sama. "Bila nak balik?" Aku jawab, "Tak tahu lagi. Kenapa?"  Abah jawab, "Tak ada apa, bila senang-senang balik la" Tetiba aku rasa sebak pulak.. Apa abah pun maksudkan ke apa yg dia tanya..?? atau hanya sekadar bertanya..?? Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya...

Thursday, February 17, 2011

Khasiat Tauge... Saya mkn tauge mentah dgn mayonis..

 TAUGE 

Tapi tahukah anda,sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada : 


Kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis.  


Membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Santioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Membantu membuang kotoran dalam usus besar 
kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. 


Mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Saturday, February 12, 2011

Rahsia Rukun Dalam Solat...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
 
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
 
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
 
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
 
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
 
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
 
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
 
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
 
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
 
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
 
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
 
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
 
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
 
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
 
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
 
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
 sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. (Itulah sebab mengapa mereka mencipta
 cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di
 kalangan kamu yang perasan!!!)"